Anda boleh menambah maklumat atau arahan tambahan di bawah ruang “Additional Remarks” ketika membuat tempahan. Kami akan cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan anda selagi ianya dalam skop yang munasabah bergantung pada tempahan anda. Sekiranya anda ingin membuat permintaan untuk perkhidmatan yang tidak ditawarkan atau tidak tertera dalam borang tempahan kami, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk memeriksa sama ada ianya boleh dilakukan.