Ketelusan harga adalah sangat penting bagi kami, dan atas sebab itulah harga yang disebutkan dalam laman web atau aplikasi kami sememangnya adalah harga sebenar yang anda perlu bayar.
Namun begitu, caj tambahan mungkin diperlukan sekiranya terdapat permintaan untuk perkhidmatan tambahan (yang tidak termasuk tempahan awal) ketika hari pemindahan.
Selain itu, caj tambahan juga mungkin akan dikenakan bagi faktor-faktor yang berada di luar kawalan TheLorry, seperti tapi tidak terhad kepada: Perjalanan tambahan, durasi menunggu sewaktu pemunggahan, permintaan istimewa serta cabaran-cabaran yang mungkin berlaku sewaktu proses pemunggahan, yang sama ada telah dimaklumkan atau belum dimaklumkan kepada TheLorry.
Sila baca Terma dan Syarat kami untuk maklumat lanjut.